Followers

Monday, May 9

Kesian, tapi ...

Dik, derma ikhlas dikk. kami orang susah, tak makan lagi nie. tolong dikk ... terima kasih dikk, semoga Allah membalas jasa budi baik adik.

Apa yang kesiannya lah aku nie kan. haha malam tadi aku pergilah dinner kat Kampung Baru. well, biasalah kan, mesti korang pernah alami situasi yang sama macam aku. selalu kedai makan kat KL nie ade ape ? confirm lah makanan berlambak sampai rambang mata nak pilih. balik tak larat nak jalan terpaksa naik wheel-char. HAHA chopp, dah lari tajuk nie. haish. rewind balik kat tajuk asal. kesian, tapi ?

Oke, sebenarnya malam tadi pergi dinner then adelah nampak sorang pakcik meminta derma ikhlas. dah bagi seringgit. datang lagi yang lain. datang lagi keluarga entah dari mana tiba tiba muncul. haiyo. sekali makan malam, kalau sepuluh orang datang, sepuluh sepuluh nak kene bagi ke ? kang kalau tak bagi rasa bersalah pulak. kalau tak bagi nanti pakcik/makcik tuh tarik muke ketat terus. mule mule datang dengan senyuman, dannn tak bagi derma terus tarik muka. dah kenapa nak buat macam tuh kan. at least nak minta derma ikhlas pun janganlah nak memaksa orang nak bagi. dah nama pun ikhlas kan. kalau paksa dah jadik derma tak ikhlas. iyee dok ?

dan insiden malam tadi ada kelakar sikitlah. ade pakcik nie datang kat meja aku, tapi kami refuse untuk memberi lah kan. lepas tuh aku berpaling pulak kat meja sebelah kami tuh, tengok sekali tiga orang keliling meja dorang dok mintak derma ikhlas. aku dah jadik simpati pulak kat kakak meja sebelah tuh. dah kalau kakak tuh bagi kat sorang, mestilah bagi kat semua yang lagi 2 orang tuh kan. kang terasa hati pulak. "senttaaappp hati mak nak" nanti dia kata. HAHA dah kesian aku berpaling pulak kat kakak yang makan tuh. bukan kat tukang pengutip derma tuh. bukanlah nak mengata apa, tapi berpada pada lah. aku pun bukan orang kaya. nak setakat derma sorang dua tuh bolehlah kan. kalau satu malam dekat berpuluh puluh yang datang, please try later lah jepp.

Haish, dahlah. banyak pulak dosa aku mengumpat kan. banyak jep lagik insiden meminta derma ikhlas nie. tapi takpelah, tunggu kalau aku tak puas hati lagi baru aku cerita lagi. haha ermm, kalau nak derma, biarlah ikhlas hati. jangan paksa diri. or jangan memaksa orang memberi dengan buat muka sedih bagai dalam drama tv. oke, renung renungkan. selamat beramal ! :)


6 comments:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

patik la ni x penah bg dh pon..sbb depa ni ade sendikit ok...kang dh bg sorang kang jap lg mai lg..hamboiihhh sedap nye kan...

Asyraf Arif said...

tahu takpe. samelah kite. orang laen bagi. tapi aku tak bagi pun. buat buat makan. hahaha

zacky ~786~ said...

hehe~ adehh tula psl.. kesian.. sbg manusia yg mempunyai hati dan perasaan msti la ada yer perasaan simpati yerr dak.. tp kita berpada2 jugak.. takut simpati dekat diri kita pulak nanti.. huhu ..

tul tu ,derma biar ikhlas.. jgn terpakse or unkit2.. t membazir jer derma tu.. pahala tak dapat.. rezeki kita melayang.. :P

Eazy Izzuddin said...

oh kalau saya ?
entah la..
tau tahu nak cakap..
sebab...
kalau bab org mintak derma2 ni kdg2 tak boleh percaya...
haritu pernah terkena..

abis kutip derma...
balik dr situ nampak depa naik kereta mewah ouh....
aii..dah bankrup ke..
xD

Asyraf Arif said...

zacky : khenn. tak bagi nanti tarik muke ketat. nak bagi pelempang jep rasa. HAHA (jahatnya aku)

Asyraf Arif said...

eazy : tahu takpe. dorang demand tinggi ouh. tak padan dgn yg bute semua. haish >,<