Followers

Monday, August 8

Bulan Ramadan . . . Jangan ponteng ponteng puasa ! (Part 2)


Mak aihh, ramainya orang kat Bazar Ramadan nie. haaaaa, semputttttt. HAHA


Alhamdulillah, selesai tujuh hari berpuasa.

So far cukup lagi tak puasa ? ade yang ponteng ? huhu kalau ade takpelah. nanti dah habes puasa ganti balik oke. jangan tinggal macam tuh pulak. kene bayar fidiah nanti. wahh, tahu kan aku. hehe so sepanjang seminggu kita berpuasa nie, ape kau rasa ? oren ? aaa, mesti ade yang merungut lapar kan. alaa, biasa lah uols. awal awal macam nie memang banyak dugaan yang datang. kadang kadang macam culture shock lagi. yelaaa, dah setahun tak berpuasa, tiba tiba kene puasa sebulan. unless kau orang ade buat puasa sunat so dah memang tak kesah sangatlah kan.

Malam kelmarin saje lah aku jalan jalan dekat Masjid India. biasalah tumpuan time nak raya nie kan. but, baru seminggu puasa nie barang still mahal mahal lagi. orang yang datang pun ala krik krik krik jep. tapi, tengah jalan punya jalan tiba tiba terdengar ade orang pasang takbir. haiyoo, awal lagi dah nak bertakbir. huk3 pertengahan bulan pun belum lagi. lagu raya jangan cakaplah. dari zaman P. Ramlee sampai zaman millenium punya lagu semua ada. kurang tak remix jep lagi. kalau tak mesti dah meriah uols ! HAHAHA

Dah selesai seminggu, ada lagi tiga minggu bakal mendatang.

Tapi feeling nak raya aku tak sampai lagi. haih. takpelah, nanti lagi seminggu baru feeling nak raya kowt. nie puasa nie pun taktaw boleh balik kampung ke tak. next week dah start test two pulak. sabaaar lagi. orang kata jawab exam time puasa nie dipermudahkan. betul kan ? insyaAllah dengan usaha yang berbaloi mesti boelh jawab punya lah. kalau tak study memang hareeemmm lah nak jawab !

Ade lagi nak cerita. dah seminggu berpuasa nie, Bazar Ramadan yang aku dah terjah kat Bandar Baru Bangi, Sungai Besi, Bandar Permaisuri, and Kampung Baru. Mak aihh. meriah uols ! lagi meriah dari blog akak senduk. opsss, tercarut pulak. ampun akak senduk. haha so far yang paling best Bandar Permaisuri lah. memang ramai orang padat sendat ! makanan jangan cakaplah. seriua kau rasa nak beli semua. panjang pulak bazar dia. rasa macam nak patah kaki aku jalan (oke tipu jep!) so try lah datang sana oke. betul betul sebelah Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur tuh.

Kalau ade bazar bazar yang best bagi tahulah. aku memang suka pergi beli makanan nie. lagi lagi time puasa. woishh. nafsu makan membuak buak. HAHA chills oke, control nafsu. anyway, selamat berbuka untuk hari ke-lapan uols ! :)


4 comments:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

idop bazar bandar baru bangi...

*tp la ni bazar tu dh hilang KICK katenye...

**x penah p bazar lg ni...masak kat umah jee..

Eazy Izzuddin said...

semua bazar rasanya meriah woo..
bersempit2 dengan org rmaai..

Asyraf Arif said...

AFA : aa, bazar seksyen 16 tuh dah bosan dah. krik krik krik jepp. kat PKNS punyer best !

Asyraf Arif said...

eazy : hahaha tahu takpe. best kan. huk3