Followers

Friday, January 14

Ini tidak adil !


Well, almost a week AJL 25 melabuhkan tirai. tapi biasalah kalau event besar yang melibatkan artis artis glamour nie, pasti akan ada pahat yang masih berbunyi walaupun rumah dah siap grand habes ! masing masing merungut tentang masalah yang sama. even aku pun merungut tentang keputusan AJL 25 yang menjadi topik hangat. Ana Raffali dinobatkan sebagai Juara Lagu ke 25 pada hari ahad lalu. kenapa mesti Ana Raffali ? aku pun macam tak boleh terima. HAHA ape ada dengan lagu Tolong Ingatkan Aku ? even performance Ana pun tak berapa bagus malam tuh. she looks too nervous on stage.

Tiba masa 3 host AJL 25 mengumumkan pemenang juara lagu, dalam hati mesti Yuna yang menang sebab dorang kate composer, penulis lirik dan penyanyi adalah orang yang sama. atau senang untuk difahami, tuan punya lagu yang menyanyikan lagu nie. (betol kan ayat nie ? ;p) aku dah menjerit jerit kesukaan sebab aku agak Yuna yang menang. tapi hampeh ! langsung tak terlintas dalam kepala hotak aku nie yang Ana Raffali akan menang AJL 25. tapi itulah rezeki. takde siapa boleh menolak rezeki. siapa sangka penyanyi yang baru sahaja berkecimpung dalam dunia nyanyian boleh menang anugerah yang berprestij seperti AJL kan. rezeki Ana Raffali tahun nie. so, terima jepla ;p

Bermula dengan menyanyi dan memuat naik dalam Youtube, menjadi penyanyi professional dan diiktiraf sebagai Juara Lagu 25. tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu ? (wah ! curlast kaw maria. peribahasa bagai haa. HAHA)


Aku nie takdelah minat dengan Ana Raffali sangat, but I think she's unique. perform with Baju Kurung menjadikan dia senang diingati oleh semua orang. she has a trademark. she's original. Congratulations to Ana Raffali. wish you all the best Ana ! (macam lah Ana baca blog aku kan. HAHA)

4 comments:

mr.syazwan said...

imej dia berbaju kurung maybe boleh menyejukkan mata org mengutuk nya

Asyraf Arif said...

betul betul. sejuk mata memandang. so takdelah org nak condemn sangat.

Asyraf Arif said...
This comment has been removed by the author.
Eazy Izzuddin said...

biar lah dia menang...
go Ana Rafali!
xD