Saturday, July 23

Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi . . . Part 2


Mengikut perkiraan aku, ade lagi 9 hari kita bakal bertemu Ramadan Al Mubarak ! (taktahu lah betul ke tak aku kira, aku nie loser, maths -.-') rase tak sabar pulak kan. tak sabar nak pergi bazar ramadan, tengok makanan dengan nafsu yang sangat high ! mana taknya, godaan bulan Ramadan nie lain sikit. even segala syaitan dah dikurung, tapi nafsu kita sendiri nie. kita yang tak boleh nak kawal. tapi takpe, try control your nafsu oke guys !

Bila time puasa nie lah nak ingat kenangan kenangan lama. oke, kalau dulu dulu time aku sekolah rendah semua puasa mesti hujung tahun. tengah cuti yang sebulan lebih tuh. memang seronoklah kan. cousin semua datang balik kat kampung. aktiviti time puasa yang tak boleh tinggal, maen game kat tv yang still gune tape tuh ! even mase tuh Playstation dah hangat di pasaran, tapi manelah mampu nak beli uols. mahal yang amat ! so maenlah game yang gune tape tuh jep. but, rase best taw ! sebab semua happy. kalau kalah kene gelak ramai ramai. malu lah kan cerita dia.

Then, bila cousin dah ramai yang datang, kiteorang berkumpul kat rumah nyai (nenek dalam panggilan orang jawa). rumah atas, kayu. memang rumah kampung lah ! cuba bayangkan, kalau dah sepuluh orang cousin aku dalam rumah, plus makcik aku dengan nyai sekali. dengan perangai budak budak memasing tak reti duduk diam. aku takut roboh jep rumah tuh ! HAHA kalau nak ke dapur berlari, kalau nak ke depan berlari. biasanya malam malam lah. semua dah takut nak pergi dapur sebab kat belakang. suruh lah abang or kakak teman. dah keluar pergi toilet, berlari ke depan dengan sekuat hati sebab takut memasing ! pernah sekali aku dalam toilet, dorang peri tutup lampu. mane ade aku nak menangis weyh masa tuh !

well, budak kecik pulak kan. normal lah menangis berbagai nie. hehe

Lepas tuh, kalau siang suka maen perang perang kat belakang rumah. kat belakang rumah nyai nie ade satu kebun pokok ape tah aku pun taktahu. and kebun jiran. bersih sangat masa tuh. memang takde semak samun. memang berperang lah kat belakang rumah kan. then nanti kalau ade monyet, masing masing lari tak cukup tanah ! sumpah kelakar tengok sorang sorang lari. HAHA baek yang perempuan, baek yang lelaki semua dah lari kucar kacir.

Dah puas maen perang perang, buat meriam pulak. meriam tanah, guna mangkuk tandas yang dah tak guna. hahaha bodoh jepla abang cousin aku nie. ade jep idea nak buat meriam. tapi bab bab meriam macam nie aku tak join buat sebab budak budak lagi kan. just tengok dorang maen jep. time orang laen sibuk pergi solat Terawih, kami pun memulakan aktiviti. boom boom boom ! pernah sekali tuh, letupkan sekali meriam, then ade orang nak lawan. mane boleh nak kalah. memasing nak tunjuk hebat, siapa paling kuat. sampai polis datang ronda ronda kampung. masing masing buat muka tak bersalah. lari masuk rumah. memang hidup lari lari jepla masa kecik. taktahu nak penat !

Puas dah lari dalam rumah, lari belakang rumah semua, time untuk mandi parit ! masa tuh air parit bersih sejernih alam. dalam pulak kan. memang seronok terjun terjun semua. aku nie yang tak reti nak swim, just duduk di pinggiran sahaja. HAHA tengok abang abang cousin aku lompat sana sini. meriah bagai mandi kat air terjun ! tak kesah puasa ke tak. budak budak kan. tak pikir ape ape pun. asalkan happy !

Bila masing masing dah besar, dah takde dah yang nak balik kampung. dah further study, kerja dah, ade yang dah kahwin pun. but still, all those memories will stick in my mind forever. boleh ketawa sendiri kalau ingat ingat balik. serius nak balik zaman budak budak comel dulu. so, for those yang ade kenangan manis semua, simpan lah elok elok. jangan dilupakan pulak. nanti kita lupa daratan dari mana kita datang. mana asal kita semua :)

okbai



5 comments:

Unknown said...

tak sabar menunggu,hehe

Asyraf Arif said...

hahaha yeah tak sabar menunggu nie. haha

FarhanahAdzlan said...

kenangan masa zaman kanak2 memang sukar untuk dilupakan..terkadang kita boleh tergelak klau mngingatkan sumer perkara tu..hahaha..=)

Nur Syazana Mohammed Sani said...

terimbau kenangan lame ,. best pulak rase nye kan ,. heee

moh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana

http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/kau-dengan-ak-same.html

Asyraf Arif said...

mestilah best. kenangan mampu melukis senyuman. wahh !